.:: Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Durian Tunggal ::.

.:: Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Durian Tunggal ::.

Aktiviti DUTASS

smkdt0101's Banner Majlis album on Photobucket

11 July 2011

Kejohanan Sukan Tahunan SMKDT 2011

Tarikh: 7 Julai 2011 (Khamis)
Tempat: Padang SMKDT
Masa: 2.00 - 6.30 ptg


Pada 7 Julai 2011 baru-baru ini, SMKDT telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan bertempat di padang sekolah. Antara acara yang dipertandingkan ialah hiasan rumah, perbarisan, lompat jauh, lempar cakera, larian dan tarik tali. Khemah di hias dengan begitu menarik sekali kerjasama anatara guru dan murid. Pelajar begitu bersemangat semasa mengambil bahagian untuk memastikan rumah masing-masing menang.


Apa yang lebih menarik dan mencuri perhatian adalah acara ibu bapa dan staff. Antaranya acara mengejar ayam dan mengopek durian menggunakan tukul.


Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah berlangsung pada jam 6.00 ptg yang dilakukan oleh YB Datuk Hj. Ab. Wahab b. Ab. Latip. SMKDT mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Datuk di atas kesudian turun ke padang kami.

Mari kita lihat siapa yang menang dan merangkul gelaran Johan....

Perbarisan: Rumah Hijau
Perhiasan Khemah: Rumah Hijau
Sukan Tara: Rumah Hijau
Rentas Desa: Rumah Biru
Acara Balapan: Rumah Hijau
Acara Padang: Rumah Hijau (banyak hadiah hijau bolot)
Lelaki 15: Rumah Kuning (ada pon terselit rumah kuning)
Perempuan 15: Rumah Hijau
Lelaki 18: Rumah Hijau (lagi...)
Perempuan 18: Rumah Merah (akhirnya nampak jugak rumah merah)

Olahragawan: Lim Jian Hui (Rumah Biru)
Olahragawati: Turgadevi (Rumah Biru juga)

dan untuk keseluruhan, pemenang tempat ....

Pertama: Rumah Biru (3165 markah)
Kedua: Rumah Hijau (2795 markah)
Ketiga: Rumah Merah (2457 markah)

Tahniah diucapkan kepada pemenang.



 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | PTC Review

SMK DURIAN TUNGGAL © Blog Rasmi by SMKDT | Hubungi Kami