.:: Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Durian Tunggal ::.

.:: Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Durian Tunggal ::.

Aktiviti DUTASS

smkdt0101's Banner Majlis album on Photobucket

11 May 2014

.:: Majlis Perpisahan GPK HEM; Encik Md. Nor Bin Md. Yusof ::.

Tarikh: 
5 Mei 2014 (Isnin)
Masa: 
8.00 pagi - 10.20 pagi
Tempat: 
Dataran Budaya




Majlis perpisahan insan yang disayangi, En Md Nor bin Md Yusof mantan GPK HEM yang akan memulakan tugas sebagai GPK 1 di SMJK Pulau Sebang. Kami pasti merindui beliau! Terima kasih atas kepimpinan yang cekap dan memacu unit HEM dengan cemerlang. Tahniah atas perlantikan dan selamat berpisah. Walau jarak memisah namun hati pastikan bertaut kasih. Warga SMK Durian Tunggal mendoakan agar beliau lebih berjaya di tempat baru nanti.

Read More......

.:: Perkhemahan Lencana Keahlian Dan Usaha Pengakap Kumpulan Ke- 32 SMK Durian Tunggal Tahun 2014 ::.

Tarikh:
2, 3 & 4 Mei 2014
Tempat:
SMK Durian Tunggal

 Hari Pertama

Aktiviti Hari Pertama
Pendaftaran, menaikkan khemah, membuat gerban dan gajet, ice breaking, taklimat asas pengakap, solat jemaah dan kuliah agama. Guru-guru penasihat menyediakan makanan dan BBQ untuk santapan peserta dan fasilitator.

Hari Kedua

Aktiviti Hari Kedua
Solat Subuh berjemaah, kuliah Subuh, senaman pagi, upacara menaikkan bendera dan perhimpunan rasmi pengakap. Selain itu, ahli pengakap menjalankan aktiviti di 4 stesen iaitu ikatan tali, persetiaan pengakap, lagu-lagu pengakap dan kawad kaki.

Hari Ketiga

Tahniah badan uniform Pengakap SMK Durian Tunggal kerana telah berjaya mengelolakan perkhemahan dengan sangat cemerlang. Perkhemahan yang berlangung selama 3 hari 2 malam telah banyak memberi pelbagai input yang berguna dan sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh para peserta perkhemahan. Seramai 45 orang pengakap telah dianugerahi lencana ahli dan lencana usaha. Tahniah kepada semua! Terima kasih juga Kelana Pengakap Alor Gajah dan Pesuruhjaya Pengakap Alor Gajah, En Sharedza atas kerjasama yang diberi. Terima kasih juga kepada semua guru pengakap yang memberikan komitmen terbaik sepanjang program berlangsung. Semoga usaha yang bermanfaat seperti ini dapat diadakan lagi di masa mendatang. Semoga segalanya dipermudahkan. InsyaAllah v(^___^)v

Read More......

27 April 2014

.:: Taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah & PT3 ::.

Tarikh: 
26 April 2014 (Sabtu)
Masa: 
8.00 pagi - 10.30 pagi
Tempat: 
Dewan SMKDT


Tuan Pengetua SMK Durian Tunggal; Tuan Haji Rashid Bin Ab. Hamid mengambil inisiatif yang bijak dengan mengadakan sesi taklimat rasmi kepada ibu bapa dan pelajar tingkatan 3 untuk tahun 2014. Pelbagai persoalan mengenai Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) telah terjawab dan diperjelaskan oleh beliau. Semoga usaha ini dapat membantu pihak ibu bapa dan penjaga bersama-sama bertanggungjawab terhadap kecemerlangan anak-anak pada masa akan datang. v(^____^)v

Read More......

.:: Anugerah Kecemerlangan SPM 2013 & Akujanji Skuad ELIT SPM 2014 ::.

Tarikh: 
21 April 2014 (Isnin)
Masa: 
7.40 - 9.00 pagi
Tempat: 
Dataran Budaya

Disempurnakan Oleh: 
Datuk Haji Ab. Wahab Bin Haji Ab. Latip
(ADUN Kawasan Durian Tunggal)




Tahniah kepada semua penerima anugerah dan semoga Skuad Elit SPM 2014 mampu mengekalkan kecemerlangan SMKDT. v(^____^)v

Read More......

.:: Pesta Pantun Kawasan Alor Gajah ::.

Tarikh: 
10 April 2014 (Khamis)
Masa: 
10.00 pagi - 3.00 petang
Tempat: 
Makmal Komputer




Keputusan Pertandingan

Pemantun Terbaik: Nur Fazirah Binti Samah (SMKDT)
Johan         : SMK Durian Tunggal
Naib Johan : SMK Datuk Haji Talib Karim

Pesta Pantun peringkat kawasan Alor Gajah 2014 telah berlangsung dengan meriah di SMKDT. Tahniah kepada para pemantun dan guru penasihat iaitu Cikgu Abdul Manaf Bin Galeh. Kesungguhan anda telah membuahkan hasil. SMKDT akan membawa cabaran Alor Gajah ke peringkat Negeri Melaka nanti. Sama-sama kita doakan kejayaan mereka. d(^____^)b

Read More......
 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | PTC Review

SMK DURIAN TUNGGAL © Blog Rasmi by SMKDT | Hubungi Kami