.:: Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Durian Tunggal ::.

.:: Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Durian Tunggal ::.

Aktiviti DUTASS

smkdt0101's Banner Majlis album on Photobucket
Showing posts with label post. Show all posts
Showing posts with label post. Show all posts

11 May 2014

.:: Majlis Perpisahan GPK HEM; Encik Md. Nor Bin Md. Yusof ::.

Tarikh: 
5 Mei 2014 (Isnin)
Masa: 
8.00 pagi - 10.20 pagi
Tempat: 
Dataran Budaya




Majlis perpisahan insan yang disayangi, En Md Nor bin Md Yusof mantan GPK HEM yang akan memulakan tugas sebagai GPK 1 di SMJK Pulau Sebang. Kami pasti merindui beliau! Terima kasih atas kepimpinan yang cekap dan memacu unit HEM dengan cemerlang. Tahniah atas perlantikan dan selamat berpisah. Walau jarak memisah namun hati pastikan bertaut kasih. Warga SMK Durian Tunggal mendoakan agar beliau lebih berjaya di tempat baru nanti.

Read More......

.:: Perkhemahan Lencana Keahlian Dan Usaha Pengakap Kumpulan Ke- 32 SMK Durian Tunggal Tahun 2014 ::.

Tarikh:
2, 3 & 4 Mei 2014
Tempat:
SMK Durian Tunggal

 Hari Pertama

Aktiviti Hari Pertama
Pendaftaran, menaikkan khemah, membuat gerban dan gajet, ice breaking, taklimat asas pengakap, solat jemaah dan kuliah agama. Guru-guru penasihat menyediakan makanan dan BBQ untuk santapan peserta dan fasilitator.

Hari Kedua

Aktiviti Hari Kedua
Solat Subuh berjemaah, kuliah Subuh, senaman pagi, upacara menaikkan bendera dan perhimpunan rasmi pengakap. Selain itu, ahli pengakap menjalankan aktiviti di 4 stesen iaitu ikatan tali, persetiaan pengakap, lagu-lagu pengakap dan kawad kaki.

Hari Ketiga

Tahniah badan uniform Pengakap SMK Durian Tunggal kerana telah berjaya mengelolakan perkhemahan dengan sangat cemerlang. Perkhemahan yang berlangung selama 3 hari 2 malam telah banyak memberi pelbagai input yang berguna dan sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh para peserta perkhemahan. Seramai 45 orang pengakap telah dianugerahi lencana ahli dan lencana usaha. Tahniah kepada semua! Terima kasih juga Kelana Pengakap Alor Gajah dan Pesuruhjaya Pengakap Alor Gajah, En Sharedza atas kerjasama yang diberi. Terima kasih juga kepada semua guru pengakap yang memberikan komitmen terbaik sepanjang program berlangsung. Semoga usaha yang bermanfaat seperti ini dapat diadakan lagi di masa mendatang. Semoga segalanya dipermudahkan. InsyaAllah v(^___^)v

Read More......

27 April 2014

.:: Taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah & PT3 ::.

Tarikh: 
26 April 2014 (Sabtu)
Masa: 
8.00 pagi - 10.30 pagi
Tempat: 
Dewan SMKDT


Tuan Pengetua SMK Durian Tunggal; Tuan Haji Rashid Bin Ab. Hamid mengambil inisiatif yang bijak dengan mengadakan sesi taklimat rasmi kepada ibu bapa dan pelajar tingkatan 3 untuk tahun 2014. Pelbagai persoalan mengenai Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) telah terjawab dan diperjelaskan oleh beliau. Semoga usaha ini dapat membantu pihak ibu bapa dan penjaga bersama-sama bertanggungjawab terhadap kecemerlangan anak-anak pada masa akan datang. v(^____^)v

Read More......

.:: Anugerah Kecemerlangan SPM 2013 & Akujanji Skuad ELIT SPM 2014 ::.

Tarikh: 
21 April 2014 (Isnin)
Masa: 
7.40 - 9.00 pagi
Tempat: 
Dataran Budaya

Disempurnakan Oleh: 
Datuk Haji Ab. Wahab Bin Haji Ab. Latip
(ADUN Kawasan Durian Tunggal)




Tahniah kepada semua penerima anugerah dan semoga Skuad Elit SPM 2014 mampu mengekalkan kecemerlangan SMKDT. v(^____^)v

Read More......

.:: Pesta Pantun Kawasan Alor Gajah ::.

Tarikh: 
10 April 2014 (Khamis)
Masa: 
10.00 pagi - 3.00 petang
Tempat: 
Makmal Komputer




Keputusan Pertandingan

Pemantun Terbaik: Nur Fazirah Binti Samah (SMKDT)
Johan         : SMK Durian Tunggal
Naib Johan : SMK Datuk Haji Talib Karim

Pesta Pantun peringkat kawasan Alor Gajah 2014 telah berlangsung dengan meriah di SMKDT. Tahniah kepada para pemantun dan guru penasihat iaitu Cikgu Abdul Manaf Bin Galeh. Kesungguhan anda telah membuahkan hasil. SMKDT akan membawa cabaran Alor Gajah ke peringkat Negeri Melaka nanti. Sama-sama kita doakan kejayaan mereka. d(^____^)b

Read More......

.:: Penyerahan Keputusan SPM 2013 ::.

Tarikh: 
20 Mac 2014 (Khamis)
Masa: 
11.00 pagi
Tempat: 
Kantin SMKDT



BIL PELAJAR PENERIMA SIJIL DAN
ANUGERAH SPM 2013

             SEMUA A        = 5 ORANG
             10A                    = 1 ORANG
             9A                      = 2 ORANG
             8A                      = 5 ORANG
             7A                      = 7 ORANG
                   6A                     = 6 ORANG      
             JUMLAH = 26 ORANG

PENCAPAIAN 6A
1.   NG PEI CHEE
2.   GEE CHUN SENG
3.   ERNY NATASHA AL ILAMI BT JAMIL
4.   LIM HUI TENG
5.   TAN JIA QUAN
6.   SANTIYAH A/P R. KUMAR

PENCAPAIAN 7A
7.   NUR SHAMIZAH BT SHAARI
8.   WEE YI ROU
9.   LAU POH YEE
10. NADIA SHAHHIRAH FITRI BT SALLEH
11. NURIN JAZLINA BT ROZLAN
12. TAN YEAK ROY
13. LEE ZHI CHING

PENCAPAIAN 8A
14. NURUL NADIAH BT ROSLI
15. NORAZLINDA BT AZIZ
16. TAU CHIN JUEN
17. CHAN CHIN XSIEN
18. CHANG MEI YING

PENCAPAIAN 9A
19. SIAH KAI XIN
20. LIM HUI TING

PENCAPAIAN 10A
21. PAVITRAN A/L RAVICHANDRAN

PENCAPAIAN SEMUA A
22. LOH ZI YING
23. LIM YEW HAO
24. SEET WEI XING
25. LEE JOE XIN
26. ZAREEN NAWWARRAH BT MOHSIN

Tahniah buat para guru dan calon SPM 2013! Keputusan SPM pada kali ini adalah antara yang terbaik! Berkat usaha keras para pelajar dan bimbingan guru- guru warga DUTASS berjaya membuktikan kita juga mampu melakukannya. Semoga yang terbaik buat para calon yang telah mencapai keputusan yang membanggakan warga DUTASS dan ibubapa mereka. Tahniah! d(^____^)b

Read More......

.:: Kejohanan Bola Baling Peringkat Alor Gajah ::.

Tarikh: 
19, 20 & 21 Mac 2014 (Rabu, Khamis & Jumaat)
Masa: 
8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: 
Padang SMKDT

HARI 1

HARI 2

HARI 3


KEPUTUSAN PERLAWANAN

LELAKI BAWAH 18
JOHAN              : SMK Datuk Haji Talib Karim
NAIB JOHAN  : SMK Durian Tunggal

PEREMPUAN BAWAH 18

JOHAN              : SMK Seri Pengkalan
NAIB JOHAN  : SMK Durian Tunggal

Para pemain telah menunjukkan kesungguhan dan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung. Namun, SMK Durian Tunggal selaku tuan rumah hanya mampu berpuas hati dengan mendapat Naib Johan bagi kedua- dua ketegori. v(^___^)v

Read More......

.:: Kejohanan Hoki Piala Pengetua Edisi Ke- 4 ::.

Tarikh: 
8 & 9 Februari 2014 (Sabtu & Ahad)
Masa: 
8.00 pagi - 5.30 petang
Tempat: 
Padang SMKDT


HARI 1

HARI 2

SENARAI PEMENANG:


LELAKI BAWAH 15
JOHAN                   : SSN SMK TUN HUSSEIN ONN, JOHOR
NAIB JOHAN        : SM TINGGI MELAKA, MELAKA
TEMPAT KE- 3     : SSN SMK MUTIARA IMPIAN, PULAU PINANG
TEMPAT KE- 4     : SM DATO’ ABDUL RAZAK, NEGERI SEMBILAN


PEREMPUAN BAWAH 15
JOHAN                   : SSN SMK ZA’BA, NEGERI SEMBILAN
NAIB JOHAN        : SSN SMK TUN HUSSEIN ONN, JOHOR
TEMPAT KE- 3     : SSN SMK SERI KOTA, MELAKA
TEMPAT KE- 4     : SSN SMK TUN HUSSEIN ONN, JOHOR


LELAKI BAWAH 12
JOHAN                   : SK JALAN DATUK PALEMBANG, MELAKA
NAIB JOHAN        : SK SERI BEMBAN, MELAKA
TEMPAT KE- 3     : SK KLIA, SELANGOR
TEMPAT KE- 4     : SK SRI LANANG, MELAKA


PEREMPUAN BAWAH 12
JOHAN                   : SK JALAN DATUK PALEMBANG, MELAKA
NAIB JOHAN        : SK KLIA, SELANGOR
TEMPAT KE- 3     : SK BAGAN AJAM, PULAU PINANG
TEMPAT KE- 4     : SK BATANG MELAKA, MELAKA

Tahniah buat semua pasukan yang mengambil bahagian sepanjang Kejohanan Hoki Piala Pengetua SMK Durian Tunggal Kali Ke- 4 Tahun 2014. Semoga kecemerlangan berterusan dan semangat untuk menaikkan lagi sukan hoki sentiasa membara. Terima kasih yang tidak terhingga buat semua ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus selama 2 hari kejohanan berlangsung. v(^____^)v

Read More......

.:: Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan ::.

Tarikh: 
20 Januari 2014 (Isnin)
Masa: 
10.30 pagi - 2.00 petang
Tempat: 
Dewan SMKDT

Disempurnakan Oleh: 
Datuk Haji Ab. Wahab Bin Haji Ab. Latip
(ADUN Kawasan Durian Tunggal)


Semoga dengan penyerahan bantuan awal persekolahan ini dapat membantu meringankan beban keluarga yang mempunyai anak- anak di bangku persekolahan. Moga manfaat pemberian bantuan tersebut dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. InsyaAllah v(^_____^)v


Read More......

.: Penyampaian Anugerah Kecemerlangan PMR 2013 :.

Tarikh: 
13 Januari 2014
Masa: 
7.40 - 9.00 pagi
Tempat: 
Dataran Budaya

Disempurnakan Oleh: 

Datuk Haji Ab. Wahab Bin Haji Ab. Latip
(ADUN Kawasan Durian Tunggal)


PENCAPAIAN 8A
1.   Nur Anis Sofea Binti Abdullah
2.   Ang Mei Fen 
3.   Sandramira a/p Ananthan
4.   Tan Jia Wen
5.   Muhammad Luthfi Bin Lokman
6.   Pu Miao Qin
7.   Chan Chin Lin
8.   Tiew Wan Ling

PENCAPAIAN 7A
 9.   Nasrullah Bin Alianuar
10. Maria Binti Abdul Jalil
11.  Nurul Amira Binti Shamsudin
12.  Nurul Naqibah Binti Annual

PENCAPAIAN 6A
 13. Muhammad Imran Bin Zulkifli
14. Anathan a/l Subramaniam
15. Lim Chai Teck
16. Lim Gek Fang


Semoga anak didik SMK Durian Tunggal akan terus mencapai kecemerlangan akademik di masa akan datang dan menjadi aset yang amat berharga buat negara Malaysia yang dicintai. InsyaAllah v(^____^)v



Read More......

25 April 2014

.:: Majlis Persaraan Puan Hajah Nooriah Bt Mohamad ::.

Sesi Pagi
Tarikh: 
6 Januari 2014 (Isnin)
Masa: 
7.40 pagi - 10.20 pagi
Tempat: 
Dataran Budaya

Jasa dan bakti Puan Hajah Nooriah Binti Mohamad dalam mendidik anak bangsa hanya Allah yang mampu membalasnya. Semoga segala usaha dan dedikasi beliau yang telah dicurahkan sepanjang perjalanan bergelar pendidik diredhai dan dirahmati Allah. InsyaAllah v(^___^)v


Sesi Petang
Tarikh: 
6 Januari 2014 (Isnin)
Masa: 
3.00 petang - 5.30 petang
Tempat: 
Hotel Bayview, Melaka

Sekalung penghargaan buat insan yang diraikan Puan Hajah Nooriah Binti Mohamad. Sehubungan dengan itu, warga DUTASS mengadakan Jamuan Minum Petang khas buat Hajah Nooriah. Diharapkan agar hubungan baik sesama warga DUTASS akan sentiasa dikekalkan. InsyaAllah v(^___^)v

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Semoga kita berjumpa lagi.


Read More......

.:: Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 & Peralihan 2014 ::.

Tarikh: 
31 Disember 2014 (Selasa)
Masa: 
8.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat: 
Dewan SMKDT

Selamat datang buat ahli keluarga baru SMK Durian Tunggal. Semoga dengan pertambahan ahli baru keluarga besar DUTASS bakal meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran serta memeriahkan suasana di sekitar kawasan sekolah. InsyaAllah v(^___^)v


Read More......

.:: Happy New Year 2014! ::.

A new year is for all of us to cherish. 
Have a wonderful year to all DUTASSIANS!


Read More......
 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | PTC Review

SMK DURIAN TUNGGAL © Blog Rasmi by SMKDT | Hubungi Kami