.:: Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Durian Tunggal ::.

.:: Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Durian Tunggal ::.

Aktiviti DUTASS

smkdt0101's Banner Majlis album on Photobucket
Showing posts with label padang. Show all posts
Showing posts with label padang. Show all posts

11 May 2014

.:: Perkhemahan Lencana Keahlian Dan Usaha Pengakap Kumpulan Ke- 32 SMK Durian Tunggal Tahun 2014 ::.

Tarikh:
2, 3 & 4 Mei 2014
Tempat:
SMK Durian Tunggal

 Hari Pertama

Aktiviti Hari Pertama
Pendaftaran, menaikkan khemah, membuat gerban dan gajet, ice breaking, taklimat asas pengakap, solat jemaah dan kuliah agama. Guru-guru penasihat menyediakan makanan dan BBQ untuk santapan peserta dan fasilitator.

Hari Kedua

Aktiviti Hari Kedua
Solat Subuh berjemaah, kuliah Subuh, senaman pagi, upacara menaikkan bendera dan perhimpunan rasmi pengakap. Selain itu, ahli pengakap menjalankan aktiviti di 4 stesen iaitu ikatan tali, persetiaan pengakap, lagu-lagu pengakap dan kawad kaki.

Hari Ketiga

Tahniah badan uniform Pengakap SMK Durian Tunggal kerana telah berjaya mengelolakan perkhemahan dengan sangat cemerlang. Perkhemahan yang berlangung selama 3 hari 2 malam telah banyak memberi pelbagai input yang berguna dan sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh para peserta perkhemahan. Seramai 45 orang pengakap telah dianugerahi lencana ahli dan lencana usaha. Tahniah kepada semua! Terima kasih juga Kelana Pengakap Alor Gajah dan Pesuruhjaya Pengakap Alor Gajah, En Sharedza atas kerjasama yang diberi. Terima kasih juga kepada semua guru pengakap yang memberikan komitmen terbaik sepanjang program berlangsung. Semoga usaha yang bermanfaat seperti ini dapat diadakan lagi di masa mendatang. Semoga segalanya dipermudahkan. InsyaAllah v(^___^)v

Read More......

27 April 2014

.:: Kejohanan Bola Baling Peringkat Alor Gajah ::.

Tarikh: 
19, 20 & 21 Mac 2014 (Rabu, Khamis & Jumaat)
Masa: 
8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: 
Padang SMKDT

HARI 1

HARI 2

HARI 3


KEPUTUSAN PERLAWANAN

LELAKI BAWAH 18
JOHAN              : SMK Datuk Haji Talib Karim
NAIB JOHAN  : SMK Durian Tunggal

PEREMPUAN BAWAH 18

JOHAN              : SMK Seri Pengkalan
NAIB JOHAN  : SMK Durian Tunggal

Para pemain telah menunjukkan kesungguhan dan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan berlangsung. Namun, SMK Durian Tunggal selaku tuan rumah hanya mampu berpuas hati dengan mendapat Naib Johan bagi kedua- dua ketegori. v(^___^)v

Read More......

.:: Kejohanan Hoki Piala Pengetua Edisi Ke- 4 ::.

Tarikh: 
8 & 9 Februari 2014 (Sabtu & Ahad)
Masa: 
8.00 pagi - 5.30 petang
Tempat: 
Padang SMKDT


HARI 1

HARI 2

SENARAI PEMENANG:


LELAKI BAWAH 15
JOHAN                   : SSN SMK TUN HUSSEIN ONN, JOHOR
NAIB JOHAN        : SM TINGGI MELAKA, MELAKA
TEMPAT KE- 3     : SSN SMK MUTIARA IMPIAN, PULAU PINANG
TEMPAT KE- 4     : SM DATO’ ABDUL RAZAK, NEGERI SEMBILAN


PEREMPUAN BAWAH 15
JOHAN                   : SSN SMK ZA’BA, NEGERI SEMBILAN
NAIB JOHAN        : SSN SMK TUN HUSSEIN ONN, JOHOR
TEMPAT KE- 3     : SSN SMK SERI KOTA, MELAKA
TEMPAT KE- 4     : SSN SMK TUN HUSSEIN ONN, JOHOR


LELAKI BAWAH 12
JOHAN                   : SK JALAN DATUK PALEMBANG, MELAKA
NAIB JOHAN        : SK SERI BEMBAN, MELAKA
TEMPAT KE- 3     : SK KLIA, SELANGOR
TEMPAT KE- 4     : SK SRI LANANG, MELAKA


PEREMPUAN BAWAH 12
JOHAN                   : SK JALAN DATUK PALEMBANG, MELAKA
NAIB JOHAN        : SK KLIA, SELANGOR
TEMPAT KE- 3     : SK BAGAN AJAM, PULAU PINANG
TEMPAT KE- 4     : SK BATANG MELAKA, MELAKA

Tahniah buat semua pasukan yang mengambil bahagian sepanjang Kejohanan Hoki Piala Pengetua SMK Durian Tunggal Kali Ke- 4 Tahun 2014. Semoga kecemerlangan berterusan dan semangat untuk menaikkan lagi sukan hoki sentiasa membara. Terima kasih yang tidak terhingga buat semua ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus selama 2 hari kejohanan berlangsung. v(^____^)v

Read More......
 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | PTC Review

SMK DURIAN TUNGGAL © Blog Rasmi by SMKDT | Hubungi Kami