.:: Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Durian Tunggal ::.

.:: Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Durian Tunggal ::.

Aktiviti DUTASS

smkdt0101's Banner Majlis album on Photobucket

04 July 2011

Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Kali ke-2 2011

Tarikh: 25 Jun 2011(Sabtu)

Tempat: BTP Bukit Katil, Melaka
Masa: 8.00 pagi - 1.30 tengahari





Pada 25 Jun 2011 yang lepas, guru-guru SMKDT telah menjalani LADAP kali ke-2 pada tahun ini bertempat di BTP Bukit Katil. Pn Asmah binti Sulong, guru SMKDT mengendalikan slot pagi dengan menyampaikan maklumat berkenaan "P&P Bestari". Pn Asmah menerangkan aplikasi multimedia dalam P&P dapat membantu guru dan menarik minat pelajar semasa proses P&P berlangsung.

Kemudian, untuk slot ke-2, guru-guru dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama yang membawa komputer riba berada di bilik Al-Kawarizmi manakala yang tidak mempunyai komputer riba di tempatkan di bilik inkubator. Slot ini guru-guru di dedahkan dengan penggunaan Eduweb Tv dalam P&P dari Pegawai Teknologi Pendidikan, En. Abdul Majid bin Ibrahim dan En. Sulaiman bin Abdul Rahim.




Slot pada hari tersebut di akhiri dengan "Bengkel P&P Bestari" dari Pn. Asmah binti Sulong. Untuk sesi ini, setiap panitia perlu menghasilan satu multimedia yang boleh diguna pakai semasa P&P mereka.

Semoga dengan ilmu yang diperolehi dapat mempelbagaikan teknik pengajaran kita dan sekaligus meningkatkan kualiti dalam P&P.

 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | PTC Review

SMK DURIAN TUNGGAL © Blog Rasmi by SMKDT | Hubungi Kami