Karnival Jom Aktif Ko-q @ DUTASS 2012
Karnival Jom Aktif Kokurikulum @ DUTASS merupakan acara kemuncak
tahun 2012 bagi unit kokurikulum dimana pelbagai acara menarik
dipertandingkan. Manakala pertandingan utama bagi karnival ini adalah
Pertandingan Mini Perkhemahan. Setiap pelajar digalakkan untuk mengambil
bahagian dalam karnival tidak kira sebagai peserta, pembantu guru,
menjaga gerai dan apa sahaja yang mereka boleh lakukan bagi melancarkan
dan memeriahkan karnival.
Objektif Karnival:
- Mencungkil bakat-bakat terpendam dalam diri pelajar.
- Membina sikap berdaya saing dalam diri pelajar.
- Meningkatkan semangat berpasukan yang tinggi dan bekerjasama dikalangan pelajar dan juga guru
- Meningkatkan integrasi dalam kalangan murid yang pelbagai bangsa.
- Membantu meningkatkan disiplin pelajar melalui dengan mematuhi syarat-syarat pertandingan.
- Membentuk pasukan elit sekolah pada 2013
Acara yang dipertandingkan:
Pertandingan Wau
Pertandingan wau ini dapat memberi pendedahan kepada
pelajar akan pembangunan nilai-nilai estetika di dalam penghasilan reka bentuk
wau dan memikirkan dalam aspek-aspek teknikal sesuatu reka bentuk itu boleh
berfungsi. Dalam konteks ini wau tersebut mampu diterbangkan dan mempunyai
nilai kreativiti yang tinggi. Setiap persatuan dikehendaki
menghantar 3 orang peserta. Jumlah penyertaan ialah 78 orang pelajar. Peserta
diberikan masa 2 jam 30 minit untuk menyiapkan dan menerbangkan wau
masing-masing. Syarat-syarat pertandingan wau seperti menghasilkan bentuk wau,
bukan layang-layang atau sebaliknya, mempunyai corak, hiasan, warna dan konsep
yang menarik, mesti besar, boleh diterbangkan, kukuh dan lengkap serta
kerjasama semasa pertandingan.
Pertandingan Roket
Pertandingan
Teknologi Pelancaran Roket adalah satu cara untuk menarik minat pelajar dalam
bidang sains dan teknologi terutamanya dalam bidang teknologi angkasa lepas.
Usaha ini secara tidak langsung dapat menggalakkan lebih ramai pelajar memilih
sains dan teknologi sebagai kerjaya masa depan. Adalah diharapkan agar
pertandingan ini dapat dilaksanakan dengan lebih meriah dan lebih cemerlang
pada masa hadapan, insyaAllah.
Pertandingan Kawad Kaki
Pertandingan
diadakan di Dataran Budaya SMK Durian Tunggal dari jam 10.30 pagi hingga jam
11.30 pagi dan terbuka kepada semua unit Badan Uniform SMKDT. Objektif
pertandingan ini memberi perluasan pengalaman tentang kawad kaki dan mengisi
masa lapang pelajar. Masa yang diberi adalah selama 15 min kepada peserta untuk
membuat persembahan kawad kaki termasuk reformasi.
Kawad Formasi dari Kadet Polis |
Mini Perkhemahan
-->
Pertandingan
diadakan di Dataran Budaya SMK Durian Tunggal dari jam 10.30 pagi hingga jam
11.30 pagi dan terbuka kepada semua unit Badan Uniform SMKDT. Objektif
pertandingan ini memberi perluasan pengalaman tentang kawad kaki dan mengisi
masa lapang pelajar. Masa yang diberi adalah selama 15 min kepada peserta untuk
membuat persembahan kawad kaki termasuk reformasi.
Objektif program
ini ialah melahirkan pelajar yang berdisiplin dan bersemangat juang untuk
memastikan kecemerlangan yang seimbang dalam bidang kokurikulum dan kurikulum
di samping memberi pendedahan dan pengalaman kepada ahli-ahli
tentang aspek perkhemahan secara menyeluruh. Selain itu, program ini
dapat memupuk semangat berpasukan dan persefahaman dikalangan pelajar
Tepat jam 8.00 pagi, peserta berkumpul dan membuat
pendaftaran. Kemudian disusuli dengan taklimat pertandingan yang dilakukan oleh
En. Hussin Bin Maidin. Pertandingan bermula tepat jam 8.30pagi yang dilepaskan
oleh En Md Nor Bin Md Yusof. Pada mulanya aktiviti berjalan lancar, tetapi
hujan lebat turun lebih kurang jam 9.10pagi dan reda kira-kira sejam kemudian.
Pertandingan disambung semula tepat jam 10 pagi. Pertandingan berjalan dengan
lancar dengan keadaan cuaca yang agak mendung Jam 12.00 tengah hari, guru-guru
penasihat dibenarkan turun untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar. Jam 1.00
petang, murid dibenarkan rehat untuk bersolat dan menjamu selera. Pertandingan
tamat kira-kira jam 5.00 petang. Selepas tamat pertandingan, hakim menilai
markah setiap acara yang dipertandingkan.
Mini Perkhemahan |
Pertandingan Chapteh dan Sepak Raga
Pertandingan
Chapteh ini dimainkan oleh pelajar perempuan manakala pelajar lelaki bermain
sepak raga. Pertandingan bermula jam 3 petang dan berakhir jam 5 petang.
Matlamatnya untuk membentuk para pelajar agar menghargai seni permainan
tradisional yang diwariskan kepada kita. Selain itu ia dapat memupuk semangat
bekerjasama dan berganding bahu dalam mencapai matlamat. Setiap kelab dan
persatuan perlu menghantar lima orang peserta bagi setiap pertandingan. Setiap
hantaran atau sepakan akan dikira satu mata.
Survival
Acara
ini dilakukan di tempat letak kereta di sebelah makmal komputer. Acara ini
disertai seramai tiga orang untuk setiap kumpulan badan beruniform. Peserta
dikehendaki memasak makanan daripada bahan yang disediakan oleh penganjur
dengan menggunakan kayu api yang telah mereka bawa dari rumah. Antara bahan
yang disediakan ialah ayam, telur ayam, mee halus dna bawang manakala alatan
memasak yang diberi ialah buluh dan tempurung kelapa. Peserta hanya diberi masa
selama 2 jam untuk menyempurnakan hidangan mereka.
Peserta Memasak di Dalam Kelapa - Pertandingan Survival |
Pertandingan Hiasan Meja
Pertandingan
Hiasan Meja bertemakan sambutan hari jadi melibatkan dua orang pelajar sahaja.
Peserta perlu membawa bahan dan alatan sendiri. Pelajar diberi masa 1 jam 30
minit untuk menyiapkan hiasan meja mereka. Aktiviti ini dapat mengembangkan
bakat serta kebolehan pelajar dan mengaplikasi pengetahuan hiasan dan reka
bentuk. Kita dapat melihat kesungguhan pelajar dan kreativiti mereka menyusun
makanan, pinggan mangkuk, dan menghias meja mengikut tema yang telah diberikan.
Hiasan Meja Bertemakan Parti Hari Jadi |
Gerai Makanan
Sepanjang karnival, gerai-gerai telah dibuka
untuk keperluan para pelajar dan guru. Sebanyak 7 buah gerai telah dibuka
dimana pelbagai jenis makanan dijual antaranya mee goring, nasi lemak, nasi
berlauk, roti john dan pelbagai lagi. Dengan adanya gerai ini, dapat memberi kemudahan
kepada pelajar dan guru untuk membeli makanan dan minuman
Pertandingan Pertolongan Cemas
Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan untuk orang yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah. Ia biasanya terdiri dari satu siri teknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa latihan perubatan, oleh hampir semua orang dengan peralatan yang minimum.
Oleh itu, salah satu pengisian Jom Karnival Aktif Koku ialah pertandingan pertolongan cemas. Pertandingan ini disertai oleh 8 badan beruniform. Setiap badan uniform perlu menghantar 6 orang peserta untuk menyertai pertandingan ini. Peralatan yang disediakan oleh pihak penganjur ialah kain anduh dan suratkhabar. Dalam pertandingan ini, para peserta perlu melakonkan satu situasi kemalangan dan menyatakan apa rawatan awal yang sesuai diberikan kepada mangsa-mangsa kemalangan.
DUTASSUARA
Pertandingan nyanyian solo atau dikenali sebagai Dutassuara turut diadakan. Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat- bakat yang terpendam yang ada pada pelajar- pelajar SMKDT. Penyertaan pelajar dalam pertandingan ini diharapkan dapat menghilangkan seketika tekanan belajar yang ada dalam diri pelajar. Pertandingan ini diadili oleh 3 orang juri dari SMKDT sendiri.
Majlis Perasmian Penutup Jom Aktif Koku 2012
Upacara Perasmian Penutupan oleh Tuan Haji Mohamad Sapian Bin Siran |