Ihya' Ramadhan 1433 H / 2012 M
Program ini merupakan program yang dianjurkan oleh Unit Dakwah dan Surau sekolah pada setiap tahun dengan kerjasama semua guru, kakitangan dan pelajar Islam. Pengisiannya padat dengan aktiviti keagamaan sebagai tarbiah untuk warga DUTASS.
Objektif program:
- Menghidupkan bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dengan aktiviti dan amalan yang baik
- Menjadikan bulan Ramadhan sebagai bulan terbiah pada diri kearah menjadi muslim yang sejati
- Menghidupkan budaya hidup Islam yang sebenar dalam kalangan warga sekolah.
- Tadarus Al-Quran
- Sautul Hasanah Khas Ramadhan
- Taqarrub Ramadhan
- Jom Dhuha!
- Titipan Kasih Ramadhan
- Majlis Khatam Al-Quran
- Majlis Berbuka Puasa
Sabda Rasulullah SAW:
" Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu"