.:: Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Durian Tunggal ::.

.:: Sambutan Hari Guru Peringkat SMK Durian Tunggal ::.

Aktiviti DUTASS

smkdt0101's Banner Majlis album on Photobucket

10 August 2012

CERAMAH SAMBUTAN ISRA' MIKRAJ

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgLJd1BkEJioVgVGzSAMsYyW6TBBxIJerNC3nhAN7C0ke8iAoPl8ip3B9GDQVax2EyhQDr67SqJOz8VzWe8VVaX5vK1_seFfRfAZSZjfm_xcviq6eeUrXRvNtjA5mrNQgsgfpFRt_em2T0/s320/israk-mikraj-09.gif

TEMA : " SOLAT MEMBINA MODAL INSAN CEMERLANG "
                                 
                                 Tarikh : 22 Jun 2012 bersamaan 2 Syaaban 1433H
                                 Hari    : Jumaat
                                 Masa  : 7.30 - 9.00 pagi

SERBA RINGKAS MENGENAI ISRA' DAN MIKRAJ
Peristiwa Isra' dan Mikraj ini berlaku pada 27 Rejab, tahun ke 11 daripada kerasulan Nabi Muhammad SAW. Tarikh ini bersamaan 662 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum hijrah dari Mekah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai tahun dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib bin Abdul Mutalib dan isterinya Siti Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid bin Harisah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah.

Peristiwa Isra' dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

(Surah Al-Israa': Ayat 1). Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam. Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.




                                 


 

Home | Blogging Tips | Blogspot HTML | PTC Review

SMK DURIAN TUNGGAL © Blog Rasmi by SMKDT | Hubungi Kami